Apple hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan lebih 70 emoji baru untuk iPhone, iPad, Mac dan juga Apple Watch – dimana kemaskini ini akan ditawarkan melalui iOS 12.1 akan datang, selain naik-taraf perisian untuk macOS dan watchOS. Bagi anda yang menggunakan versi pembangunan iOS, ia telah boleh diuji melalui iOS 12.1 Beta yang ditawarkan bermula hari ini.
Pengenalan emoji baru ini adalah selari dengan pengenalan piawaian Unicode 11.0 baru-baru ini. Melaluinya, Apple turut pelbagai bentuk emoji baru – termasuk antaranya adalah emoji adiwira, kuih bulan, buah mempelam dan sebagainya.
Bersama-sama pengumuman ini, Apple turut mengatakan yang mana mereka sedang bekerjasama dengan Unicode Consortium untuk menambah lebih banyak emoji baru pada Unicode 12.0 yang dijadualkan pada 2019 kelak.