Cari @ Amanz

WhatsApp hari ini telah memulakan ujian beta baru pada Android, yang mana membolehkan pengguna menyeret sesuatu mesej ke kanan, sekaligus membalas dengan lebih pantas. Fungsi ini sekaligus memudahkan anda untuk membalas sesuatu mesej dengan lebih pantas, berbanding keperluaan untuk tap pada sesuatu mesej untuk seketika sebelum memilih untuk memetiknya dan membalas.

WhatsApp Seret Balas

Ciri baru ini masih diuji pada peringkat beta di Android buat masa ini, dan tidak diketahui bilakah semua pengguna Android akan menerimanya.

Untuk makluman, ciri ini telah ditawarkan untuk pengguna iOS sebelum ini, malah turut digunakan secara popular oleh pengguna Telegram.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp Beta, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menggunakan ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd