Seperti kami laporkan beberapa hari yang lalu, pengguna iPhone XS da XS Mas menghadapi masalah pengecasan. Apabila wayar pengecas disambung ketika skrin tidak aktif, pengecasan tidak akan dilakukan sehinggalah skrin diaktifkan semula. Ini besar kemungkinan adalah pepijat sistem keselamatan port Lightning pada iOS 12. Kami sendiri mengalami masalah ini pada iPhone X dan 7 Plus yang turut menggunakan iOS 12.
Beberapa pengguna yang menggunakan iPhone XS dan XS Max pagi ini melaporkan masalah ini telah diselesaikan pada iOS 12.1 Beta. Apple pantas menyelesaikan masalah ini beberapa hari selepas dilaporkan. Tidak diketahui bilakah binaan akhir iOS 12.1 akan diberikan tetapi Apple mempunyai sejarah memberikan kemaskini dengan pantas untuk situasi seperti ini.