Carian
Razer Sila Dilancarkan – Penghala Yang Ditujukan Untuk Peminat Permainan Video Tegar
October 3, 2018 Effi Saharudin

Tiada gunanya mempunyai komputer riba, desktop dan telefon pintar berkuasa tinggi jika sabungan internet tidak pantas. Ini lebih penting di kalangan peminat permainan video serta permua tegar. Untuk golongan ini Razer Sila baru sahaja diumumkan.

Ia sebuah router khusus untuk permainan video yang menyokong sistem Razer FasTrack yang mengurangkan sela masa apabila menggunakan rangkaian WiFi. Turut disokong ialah sistem jaringan jejaring (mesh network) yang membolehkan Sila digunakan secara berangkai. Rangkaian WiFi Razer Sila boleh dikawal menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi Android dan iOS. Razer Sila dijual pada harga $250 (~RM 1035) sebuah dalam warna hitam.

Komen