Huawei Mate 20 Dijangka Hadir Dengan Pilihan Storan Sehingga 512GB

Huawei Mate 20 Dijangka Hadir Dengan Pilihan Storan Sehingga 512GB

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Persaingan sengit dalam arena peranti mudah-alih membuatkan pelbagai pengeluar hadir dengan penawaran spesifikasi yang tinggi dalam usaha untuk menarik pengguna menggunakan peranti mereka. Selepas Samsung sebelum ini menyertakan storan sehingga 512GB melalui Galaxy Note 9, kini Huawei dijangka melakukan perkara sama melalui Huawei Mate 20.

Huawei Mate 20 Pro

Kedua-dua model dibawah Huawei Mate 20, iaitu Huawei Mate 20, dan Huawei Mate 20 Pro dijangka hadir dengan pilihan storan sehingga 512GB. Selain daripada itu, Huawei juga dilihat akan memuatkan memori sehingga 8GB RAM pada peranti akan datang mereka itu.

Info baru ini hadir daripada penyenaraian peranti berkenaan pada laman TENAA. Selain daripada itu, ia sedia diketahui yang mana Huawei Mate 20 akan menyertakan cip Kirin 980, selian turut hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar.

Huawei Mate 20 dijangka dilancarkan secara rasminya pada 16 Oktober ini.


TIPS & ULASAN