Samsung Galaxy Note 9 merupakan peranti mercu terbaru daripada Samsung yang hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini – terutamanya cip pemprosesannya.
Galaxy Note 9 menggunakan cip Exynos berasaskan rekaan 10nm. Dengan rekaan berkenaan, ia menawarkan sokongan prestasi peranti yang lebih laju dan berkuasa, selain pada masa yang sama kurang menggunakan tenaga bateri berbanding cip-cip lain sebelum ini.
Selari dengan kuasa pemprosesan tinggi, Galaxy Note 9 juga dilengkapi sokongan GPU berkuasa. Apatah lagi, Samsung sendiri mengumumkan kerjasama mereka dengan memperkenalkan permua Fortnite ketika pengenalan peranti ini.
Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar yang menawarkan bukan sahaja kuasa pemprosesan berkuasa, tetapi turut menjimatkan bateri, Galaxy Note 9 mungkin adalah peranti yang sangat sesuai untuk anda.
Layari : Samsung Galaxy Note 9
Ini adalah advertorial daripada Samsung.