Google Menguji Carian Sub-Topik Melalui Tatalan

Google Menguji Carian Sub-Topik Melalui Tatalan

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

Bulan lepas, Google mula perkenalkan sistem carian serba baru melalui Google Discovers. Ia mempunyai hasil carian yang lebih dinamik, pengumpulan sejarah carian dan banyak lagi. Kini, memfokuskan pada bahagian peranti mudah alih pula – Google sedang menguji carian sub-topik melalui tatalan.

Contoh; jika pengguna sedang membuat carian mengenai satu filem – akan terdapat satu ikon untuk menatal dan apabila pengguna mula menatal cadangan carian akan keluar seperti pelakon terlibat, ulasan, filem dalam kategori yang sama dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, fungsi carian ini masih lagi dalam ujian dan menurut laporan – tatalan itu tidak begitu stabil dan terasa sedikit bermasalah.

Seperti biasa, jika ia adalah satu fungsi yang diuji ini bermakna Google hanya melepaskan fungsi ini melalui bahagian pelayan dan jika ia sudah stabil dan didapati berguna – Google akan beri kemaksini ini kepada lebih ramai pengguna.


TIPS & ULASAN