‘Screen Unlock’ Adalah Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Skrin OnePlus

Diterbitkan pada Okt 3, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pagi tadi, telah kami laporkan mengenai temu ramah Pete Lau bersama dengan CNET. Dalam temu ramah itu, Pete Lau menjelaskan sekali lagi kenapa tidak perlu sokongan pengecasan nirwayar. Kini, melalui kicauan Carl Pei – beliau memperkenalkan ‘Screen Unlock’, iaitu pemgimbas cap jari dalam skrin oleh OnePlus.

Disebabkan oleh pemgimbas cap jari dalam skrin ini jugalah mengapa bicu audio 3.5mm dibuang. Tetapi OnePlus ingin memperkenalkan fungsi baru dan inovasi baru untuk peminat mereka, jadi pengorbanan perlu dilakukan. Seperti yang ramai tahu, pengimbas cap jari dan wajah untuk nyahkunci dari OnePlus boleh dikategorikan sangat laju. Jadi mungkin OnePlus menemui jalan untuk membuat imbasan cap jari dalam skrin lebih laju dari pesaing.

Tambahan lagi, semasa temu ramah antara Pete Lau dan CNET – Pete Lau turut menjelaskan kenapa OnePlus 6T tidak memerlukan sokongan kalis air dengan pengiktirafan IP adalah kerana OnePlus 6T sudah mempunyai kalis percikan yang mampu bertahan daripada peranti terjatuh dalam sinki atau percikan air ketika hujan lebat. Jadi tidak munasabah untuk menambah kos untuk menerima pengiktirafan IP.

Nampaknya, OnePlus masih mengambil berat akan peminat mereka. Kerana tidak ingin ‘menambah’ kos yang tinggi serta ingin perkenalkan teknologi baru. Tidak seperti pesaing lain, kerana masalah pengecasan perlu dibaiki dengan kemaskini bentuk beta.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami