Carian
Analisa Aplikasi Kamera Nokia Memperlihatkan Sokongan Zoom Pada Dwi-Lensa
October 3, 2018 Fahim Zahar

Seperti yang kami laporkan semalam, nama Nokia 9 akan datang berkemungkinan adalah Nokia 9 PureView. Jenama PureView pada peranti Nokia terkenal dengan kemampuan kamera yang hebat. Terkini, LOVENOKIA telah membuat analisa pada .APK kamera Nokia dan menemui fungsi dan ciri yang menarik.

Fungsi ini masih belum aktif, jadi ia mungkin adalah untuk peranti Nokia akan datang. Berikut adalah fungsi yang ditemui;

  • Blue icons inside the camera app
  • Lensa Sudut Lebar
  • Fokus-Semula
  • Ambil-Semula
  • Pencahayaan Potret
  • Mod Zoom
  • HDR+ (Mode Berbeza)
  • Pengimbas QR
  • Zoom Dwi-Lensa
  • Filmstrip
  • Integrasi Kamera Pada Facebook Messenger

Fungsi-fungsi ini kelihatan menarik dan harapnya ia akan membuatkan peminat Nokia atau peminat gajet lain tertarik pada peranti Nokia PureView baharu. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Komen