Intel Memperlihatkan iGPU Untuk CPU Generasi Ke-11 Ice Lake – Menyokong Paparan 5K 120Hz dan 8K 60Hz

Intel Memperlihatkan iGPU Untuk CPU Generasi Ke-11 Ice Lake – Menyokong Paparan 5K 120Hz dan 8K 60Hz

Diterbitkan pada Okt 3, 2018 oleh .

iGPU, ataupun Integrated GPU ialah cip grafik dalaman yang digunakan oleh cip pemprosesan untuk menggerakkan bahagian grafik, supaya pengguna boleh melihat GUI tanpa menggunakan kad grafik kendiri.

Intel baru-baru ini memperlihatkan siri iGPU generasi ke-11 mereka yang bakal digunakan pada siri CPU Ice Lake, yang merupakan penaiktarafan iGPU yang pertama sejak iGPU generasi kesembilan yang digunakan pada siri CPU Skylake.

Apa yang menarik disini ialah sokongan cip grafik ini untuk sambungan DisplayPort 1.4 dan juga penggunaan ciri mampatan data VESA DSC (Display Stream Compression) yang membolehkan cip pemprosesan tersebut untuk menggerakkan kandungan video pada resolusi 5K 120Hz dan 8K 60Hz.

Kandungan resolusi 5K 120Hz memerlukan sambungan pada kelajuan 42Gb/s tanpa penggunaan  VESA DSC, dan buat masa ini, tiada sambungan yang hadir dengan kelajuan penghantaran data selaju itu, tetapi dengan VESA DSC, kadar penghantaran data tersebut dikurangkan sehingga 14.2GB/s, dan dengan teknologi tersebut, kandungan pada resolusi 8K 60Hz turut boleh digerakkan oleh sambungan DisplayPort 1.4.


TIPS & ULASAN