Cari @ Amanz

Lebih kurang empat bulan yang lepas, Firefox menguji Firefox Focus dengan enjin GeckoView. Selepas beberapa bulan, akhirnya Firefox Focus hadir dengan enjin baru ini berserta dengan rekaan antaramuka baharu.

Enjin Gecko ini tidak akan memberi peningkatan kelajuan atau prestasi. Tetapi, ia akan memanfaatkan pembaharuan Gecko Quantum. Melalui enjin ini juga, ia menawarkan ciri peningkatan privasi yang unik. Lain-lain kemaskini adalah pada iOS 12 di mana Firefox Focus kini menyokong Siri Shortcuts dan untuk Android pula ia lebih dioptimasikan untuk menyokong Android Pie.

Jika anda berminat untuk melayari web dengan lebih privasi, Firefox Focus adalah pilihan bijak. Kemaskini ini sudah pun mula diedarkan kepada kedua-dua platform iOS dan Android.

  • Muat Turun
  • Muat Turun Firefox Focus Untuk Android Di Play Store
  • Muat Turun
  • Muat Turun Firefox Focus Untuk iOS Di App Store
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd