Cari @ Amanz

Tetikus gaming Logitech G502 Proteus Spectrum boleh dikatakan diantara tetikus gaming yang sangat digemari oleh peminat permainan komputer kerana rekaannya yang sangat selesa, jumlah butang yang banyak dan boleh diubahsuai.

Pihak Logitech G baru sahaja mengumumkan bahawa tetikus Logitech G502 ini akan menerima kemaskini sensor baru. Sebelum ini, tetikus tersebut menggunakan sensor PMW3366 yang hadir dengan nilai DPI setinggi 12,000DPI.

Model tetikus G502 yang dikemaskini tersebut akan menggunakan sensor HERO 18K (High Efficiency Rated Optical) yang mempunyai nilai DPI setinggi 18,000DPI.

Logitech mengekalkan rekaan dan ciri-ciri lain yang hadir pada tetikus ini, termasuklah kebolehan untuk mengubahsuai tugasan butang-butang yang hadir pada tetikus ini, dan juga sistem pencahayaan LightSync.

Menurut Logitech Malaysia, tetikus Logitech G502 Proteus Spectrum yang dikemaskini ini akan mula dijual di pasaran tempatan pada harga RM349 pada pertengahan bulan Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd