Pada hari ini, terdapat sejumlah penawaran nama domain dengan akhiran yang unik, seperti .MY, .TV, .BLOG, .ART, .App dan sebagainya. Kini, turut menambah kepada koleksi berkenaan adalah .page daripada Google.
Bermula hari ini, sesiapa yang berminat boleh membelinya. Tetapi, pada 9 Oktober kelak – akhiran .page ini akan lebih murah kerana pada tarikh itulah ia hadir secara umum. Antara penyedia domain terkenal GoDaddy turut menawarkan .page ini. Sekarang mereka menawarkan .page pada harga hanya $10.99 setahun. Bermakna kelak, ia akan lebih murah.
Jadi, jika anda ingin rebut peluang memiliki akhiran domain .page – dapatkan sekarang sebelum nama domain yang anda inginkan diambil orang lain.