Kemaskini: Instagram kini telah kembali beroperasi seperti biasa.
Instagram, laman perkongsian gambar dan video yang popular kini nampaknya dilihat menghadapi masalah untuk diakses oleh para pengguna tempatan. Pelbagai pengguna menghadapi masalah untuk mengakses perkhidmatan sosial berkenaan pada desktop dan juga peranti mudah-alih.
Masalah untuk mengakses perkhidmatan Instagram ini dilihat bukan memberikan kesan terhadap hanya pengguna tempatan, tetapi turut memberikan impak kepada pengguna lain seluruh dunia.
Buat masa ini, pihak Instagram masih tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan masalah ini.