Cari @ Amanz

Perkhidmatan perkongsian kenderaan dan servis atas talian Go-Jek boleh dikatakan aplikasi yang wajib dimuat turun apabila berada di Indonesia kerana betapa mudahnya anda boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan dengan aplikasi tersebut.

Menurut laporan TechCrunch, Go-Jek dikatakan akhirnya bersedia untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara lain di rantau Asia, dan diantara negara pertama yang akan merasakan kehadiran perkhidmatan tersebut ialah Singapura.

Go-Jek terkenal untuk perkhidmatan perkongsian motorsikal mereka, tetapi undang-undang Singapura mengharamkan penggunaan motorsikal sebagai perkhidmatan teksi, dan untuk mengatasi masalah ini, mereka sedang berbincang dengan ComfortdelGro, syarikat pengendali teksi di Singapura untuk bekerjasama dengan mereka.

Dalam pada itu, Go-Jek mungkin turut memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain, tetapi buat masa ini mereka masih belum mengesahkan apa-apa pelan mengenai perkembangan tersebut.

Go-Jek kini bernilai $5 billion (~RM20 billion) terima kasih kepada pelaburan oleh syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Tencent. Mereka kini sedang berbincang dengan pelabur untuk mendapatkan $2 billion lagi untuk merancang pengembangan perkhidmatan mereka di rantau Asia Tenggara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd