WiFi Alliance merupakan salah satu badan yang memantau dan membangunkan piawaian untuk WiFi yang digunakan pada pelbagai peranti. Selepas sekian lama menggunakan terma piawaian WiFi yang mungkin tidak begitu mesra pengguna, hari ini mereka mengambil langkah untuk menjenamakannya semula kepada terma yang lebih mudah difahami dan diingati pengguna.
Bermula hari ini, piawaian WiFi 802.11ac akan dikenali dengan nama baru, iaitu WiFi 5, sementara piawaian 802.11ax pula akan dikenali dengan nama WiFi 6.
Dengan penjenamaan semula ini, ia akan memudahkan lagi proses peranti menambah piawaian pada peranti mereka, selain memudahkan para pengguna umum untuk memahami dan mengingatinya.
Selain daripada itu, penjenamaan WiFi 4 juga dijangka akan digunakan untuk mengenal-pasti peranti dengan sokongan piawaian 802.11n.
Dengan perkembangan baru ini, kita mungkin akan dapat melihat penggunaan terma piawaian baru ini pada pelbagai peranti pada peranti-peranti akan datang tidak lama lagi.