Teknologi boleh digunakan untuk memberikan “kuasa” kepada mereka yang selama ini dibelenggu pelbagai kekangan. Pada telefon pintar, skrin sesentuh yang kita gunakan setiap hari memudahkan pelbagai proses tetapi tidak boleh diakses oleh orang kelainan upaya. Bagi memperkasakan golongan OKU menggunakan telefon pintar, aplikasi Google Voice Access telah dilancarkan.
Aplikasi ini telah diuji selama dua tahun sebelum dilancarkan pagi in. Dengan Voice Access, pengguna OKU boleh mengawal peranti dengan hanya kawalan suara. Aksi seperti kembali ke belakang, menatal skrin dan kembali ke muka asal dapat dilakukan tanpa sentuhan skrin. Ini bukanlah aplikasi mesra OKU pertama Google. Sebelum ini mereka melancarkan Lookout yang menjadi mata kepada OKU penglihatan dan Primer dengan pelbagai tips menjadikan laman web lebih mudah digunakan OKU. Buat masa ini Voice Access hanya menyokong bahasa inggeris dengan sokongan bahasa lain akan diberikan di masa