Samsung Galaxy J6+ Dan J4+ Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM559
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy J6+ Dan J4+ Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM559

Diterbitkan pada Okt 4, 2018 oleh .

Dua peranti kelas permulaan Samsung Galaxy J6+ dan Galaxy J4+ telah diumumkan secara rasmi pada penghujung September yang lalu. Kedua-dua peranti kini telah mula dijual di Malaysia menerusi laman DirectD. Sasmung Galaxy J6+ dijual pada harga RM999 manakala Galaxy J4+ pula pada harga RM559.

Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy J6+ dilengkapi skrin 6-inci HD+, dijana cip Snapdragon425, memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB dan bateri 3300 mAh. Kamera utama adalah sebesar 13+5 Megapixel f/1,9+f/2.2 dan kamera swafoto 8-Megapixel f/1.9. Pada sisi kanan peranti terdapat sebuah pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Ini menjadikan J6+ peranti kedua Samsung menggunakan sistem ini.

Samsung Galaxy J4+ pula dilengkapi skrin 6-inci HD+, dijana cip Exynos 7570, memori sebesar 2GB, storan sebesar 16GB dan bateri 3300 mAh. Kamera utama adalah sebesar 13 Megapixel f/1.9 dan kamera swafoto 8-megapixel f/2.2. Tiada pengimbas cap jari pada bahagian sisi disertakan pada peranti ini.


TIPS & ULASAN