Carian
Sharp Aquos Zero Dilancarkan – Telefon Pintar AMOLED Pertama Sharp
October 4, 2018 Fahim Zahar

Skrin OLED adalah satu skrin yang memberi warna hitam itu hitam pekat, kerana warna hitam LEDnya dimatikan dan hanya kandungan berwarna sahaja yang hidup. Jadi, mana-mana skrin peranti yang menngunakan OLED adalah baik. Ia juga menjimatkan bateri. Sekian lama Sharp menggunakan LCD pada peranti mereka – akhirnya peranti pertama dengan OLED mereka dilancarkan iaitu Sharp Aquos Zero.

Sharp Aquos Zero ini menggunakan skrin 6.2-inci dengan resolusi WQHD 2992 x 1440. Ia dijana dengan Snapdragon 845, satu kamera utama dengan lensa 22.6 megapixel dan kamera swafoto 8 megapixel. Untuk memori pula, ia menggunakan 6GB RAM dan 128GB storan. Menarik sekali, panel belakang Aquos Zero menggunakan bahan dari gentian kevlar seperti Pocophone F1. Bateri pula adalah 3130mAh dengan sokongan pengecasan ‘Parallel Charge‘ – iaitu gabungan dua cip IC untuk mengurangkan haba dan membenarkan pengguna bermain permua sambil mengecas.

Fokus pada Sharp untuk peranti ini adalah skrin OLED mereka. Kerana, Sharp turut akan menawarkan untuk menjual skrin OLED mereka kepada pengeluar lain. Skrin ini menyokong 100% DCI-P3 dengan teknologi ‘AQUOS‘ yang memberi hasil warna yang baik. Ia juga menyokong HDR dari Dolby Vision.

Tiada lagi harga untuk peranti ini, tetapi ia akan mula dijual di Jepun pada penghujung tahun kelak.

Komen