Carian
Nokia 7.1 Turut Kelihatan – Dijana Snapdragon 636
October 4, 2018 Fahim Zahar

Pada penghujung bulan September lepas, Nokia 7.1 Plus tertiris. Ia dilihat dijana dengan Snapdragon 710 dan menggunakan lensa daripada Carl Zeiss. Kemudian, tertiris di TENAA adalah peranti yang dikatakan adalah sama – tetapi berbeza dengan yang tertiris sebelum ini. Selepas banyak maklumat dikumpulkan, kini lebih jelas.

 

Akan terdapat dua peranti Nokia baru, iaitu Nokia 7.1 dan Nokia 7.1 Plus. Nokia 7.1 adalah yang tertiris di laman TENAA dan ia dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 636. Nokia 7.1 Plus pula akan dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 710. Kemudian membezakan kedua siri Nokia 7.1 ini adalah kameranya. Nokia 7.1 Plus akan menggunakan lensa Carl Zeiss manakala Nokia 7.1 tidak. Rekaan kedua-dua peranti juga kelihatan sedikit berbeza.

Untuk maklumat lanjut akan kedua peranti ini, sama-sama kita nantikan kehadirannya kelak.

Komen