Televisyen QLED 8K Samsung Mula Dijual Pada Harga Mencecah RM 62,000

Televisyen QLED 8K Samsung Mula Dijual Pada Harga Mencecah RM 62,000

Diterbitkan pada Okt 4, 2018 oleh .

Di IFA yang berlangsung di Berlin hujung Ogos lalu, Samsung memperlihatkan televisyen QLED dengan resolusi 8K. Ia adalah televisyen pintar pertama keluaran mereka yang menyokong resolusi yang amat tinggi ini. Ia akhirnya mula dijual di Amerika Syarikat pada harga $15,000 (~RM62,000) sebuah untuk versi dengan skrin 85″.

Samsung 8K QLEDMemandangkan kandungan 8K masih belum ditawarkan secara meluas, televisyen ini boleh meningkatkan resolusi kandungan sedia ada ke 8K dengan menggunakan kecerdasan buatan. Skrin QLED yang digunakan pula boleh memaparkan 100% warna di bawah DCI-P3 dan turut menyokong kawalan suara Bixby.

Seperti televisyen QLED mereka yang lain, televisyen ini turut mempunyai rekaan nirbingkai, sambungan satu kabel serta Ambient Mode yang membolehkan ia memaparkan kandungan yang menyerupai corak dinding ia digantung.


TIPS & ULASAN