Samsung Galaxy Note 9 merupakan salah satu telefon pintar mercu yang mencuri perhatian pada tahun ini. Ia telah ditawarkan di Malaysia sejak daripada bulan Ogos lepas, dan kini Samsung dilihat hadir dengan sebuah promosi khusus untuk pengguna baru yang ingin membelinya.
Melalui beberapa pengedar dan penjual Samsung, kini mereka telah mempromosikan yang mana Galaxy Note 9 boleh didapati dengan rebat RM400 untuk tempoh antara 5 Oktober sehingga 28 Oktober kelak.
Dengan diskaun ini, ia sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan Galaxy Note 9 128GB yang sepatutnya berharga RM3699, pada harga serendah RM3299, sementara model 512GB yang berharga RM4599 boleh didapati pada harga serendah RM4199.
Pihak Samsung belum mengumumkannya secara rasmi buat masa ini, dan dilihat hanya dipromosikan oleh beberapa penjual tempatan sahaja. Mungkin kita akan melihat pengumuman lanjut berkaitan hal ini dalam masa terdekat ini.
Get your #GalaxyNote9 now with RM400 instant rebate! #blueandyellow
Learn more: https://t.co/qzjGHPozAC pic.twitter.com/dsb7KCMdKo— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) October 5, 2018