Nokia 7.1 Kini Rasmi – Peranti Skrin “PureDisplay” Bertakuk Dijana Snapdragon 636

Nokia 7.1 Kini Rasmi – Peranti Skrin “PureDisplay” Bertakuk Dijana Snapdragon 636

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Peranti Nokia 7.1 diumumkan secara rasmi awal pagi tadi dan mengesahkan beberapa maklumat mengenainya yang tertiris sejak beberapa minggu yang lalu. Ia sebuah peranti dengan skrin bertakuk 5.84″ FHD+ IPS LCD HDR, dijana cip Snapdragon 636, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan sebesar 32/64 dengan sokongan mikro SD sehingga 400GB. HMD Global skrin PureDisplay yang digunakan boleh mengubah video SDR ke HDR dengan pintar.

Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamera utama sebesar 12+5 Megapixel f/1.8+f/2.4 yang mampu merakam video HDR. Kamera swafotonya pula sebesar 8-Megapixel f/2.0. Lensa Zeiss digunakan pada kamera utama. Sistem Pro Camera digunakan pada aplikasi kamera dania mampu mengambil gambar dalam mod bokeh. Bateri yang disertakan adalah sebesar 3060 mAh dengan pengecasan pantas menerusi port USB-C.

Dari segi rekaan ia mempunyai dagu yang kecil pada bahagian bawah. Panel belakang diperbuat daripada bahan kaca dengan sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat. Sisi peranti diperbuat daripada bahan aluminium sepenuhnya. Masih terdapat bicu audio 3.5mm pada bahagian bawak tetapi pembesar suara pada peranti ini masih lagi mono. Sistem operasi yang digunakan ialah Android One 8.1 dengan perancangan menerima kemaskini ke Android Pie.

Nokia 7.1 akan dijual di Amerika Syarikat dan UK terlebih dahulu dengan harga bermula dari €319 (~RM 1523) sebuah. Dua warna ditawarkan iaitu gloss midnight blue dan gloss steel.


TIPS & ULASAN