Nokia Turut Melancarkan Dua Fon Telinga Nirwayar Terbaru
Artikel Berkaitan

Nokia Turut Melancarkan Dua Fon Telinga Nirwayar Terbaru

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Nokia Pro Wireless dan True Wireless turut dilancarkan pagi tadi dengan kedua-duanya mensasarkan golongan yang sudah bersedia untuk kehidupan audio nirwayar. Pro Wireless mempunyai rekaan angkup leher dan fon telinga dengan sambungan magnetik.

Apabila fon telinga dicantum secara magnetik, muzik akan dihentikan secara automatik dan bersambung semula apabila dipisahkan. Ia boleh berfungsi selama 10 jam dan dicas menggunakan port mikroUSB. Terdapat sokongan codec Qualcomm aptX dan ia menyokong bluetooth 4.2.

Nokia True Wireless pula hadir dengan tempat pengecas merangkap tempat simpanan berbentuk silinder. Ia boleh berfungsi sehingga 4 jam dengan sekali caj dengan pod pengecas yang boleh mengecasnya semula sehingga 3 kali. Pod boleh dicas semula menggunakan kabel USB-C. Ia turut menyokong tambatan menggunakan bluetooth 5.0. Fon telinga ini direka untuk pengguna aktif kerana mempunyai kemampuan kalis peluh IPX4.

Kedua-duanya akan dijual bermula November dengan Nokia True Wireless pada harga €129 (~RM 616) manakala Nokia Pro Wireless pula pada harga €69 (~RM 330).


TIPS & ULASAN