Bersama-sama pengenalan beberapa peranti baru daripada Nokia pada hari ini, mereka turut mengesahkan yang mana beberapa telefon pintar mereka yang sedia ada bakal menerima kemaskini Android 9.0 Pie tidak lama lagi.
Pengumuman ini hadir lanjutan daripada pengenalan kemaskini Android 9.0 Pie untuk Nokia 7 Plus baru-baru ini.
HMD Global mengatakan yang mana Nokia 6.1 dan juga Nokia 6.1 Plus bakal menerima kemaskini Android 9.0 Pie pada bulan Oktober ini, dan seterusnya diikuti dengan Nokia 8 dan nokia 8 Sirocco pada bulan November kelak.
Melalui kemaskini Android 9.0 Pie, ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk menggunakan pembelajaran mesin dalam penjimatan penggunaan tenaga bateri dan mengawal kadar kecerahan skrin.