Sokongan tema gelap untuk sesuatu aplikasi daripada Google bukan perkara yang baru. Kita sudah lihat Android Message dan Google Phone sebelum ini. Kini, Gboard pula turut menerima sokongan tema gelap ini.
Sokongan tema gelap untuk Gboard ini hadir dalam versi 7.6.13. Untuk mengaktifkannya, hanya perlu pergi ke tetapan > Preferences > Layout dan aktifkan ‘Dark Mode‘. Menurut Google, mengaktifkan tema gelap. Akan tetapi, ia tidak akan terus aktif. Kerana, tema gelap pada Gboard hanya berfungsi ketika peranti berada dalam mod penjimatan bateri.
Menurut Google, mod ini akan menjimatkan bateri peranti – lebih-lebih lagi peranti dengan skrin OLED.
- Muat Turun .APK Gboard v7.6.13 Di Sini