Carian
Google Translate Untuk Web Menerima Kemaskini Material Design Baharu
October 5, 2018 Fahim Zahar

Semalam, baru sahaja kita lihat kemaskini aplikasi Google Translate untuk iOS yang kini menyokong percakapan menggunakan dialek yang berbeza. Hari ini pula, Google Translate untuk web dilihat menerima kemaskini rekaan Material Design yang baharu.

Material Design baharu atau dikenali sebagai Material Design 2.0 adalah rekaan baru dari Google yang lebih selari dengan antaramuka Android 9.0 Pie. Ia juga hadir dengan penggunaan font Google Sans. Rekaan antaramuka Google Translate untuk web dilihat sudah lama kekal sama dan ‘lapuk’. Dengan rekaan yang serbaru baru, sedikit sedap mata untuk memandang.

 

Walau bagaimanapun, kemaskini ini hadir secara berperingkat dan adalah melalui bahagian pelayan. Kita mungkin akan lihat kemaskini ini hadir secara meluas kelak.

Komen