Tencent banyak melancarkan permua baharu yang hebat, mengasyikkan dan juga ketagih apabila bermain. Lebih-lebih lagi di China, lebih banyak permua dihasilkan oleh mereka. Menurut laporan di China, sebanyak 24 Juta kanak-kanak dikatakan adalah ketagih kepada permua. Terdapat juga kanak-kanak yang menerima penyakit Myopia – iaitu satu penyakit mata yang seakan rabun, tetapi lebih serius.
Dalam hal ini, banyak langkah untuk membendung telah diambil. Salah satu langkah dari Tencent adalah mengintegrasi sistem imbasan wajah dalam permua mereka. Imbasan wajah ini diintegrasikan untuk mengesan wajah kanak-kanak bawah umur. Untuk langkah awal, ia akan diintegrasikan dalam permua Honour of Kings. Sebanyak 1000 pemain baru telah dipilih di sekitar Beijing dan Shenzen – di mana setiap pemain akan diimbas dengan kamera bagi pengesahan identiti.
Identiti yang sudah disahkan akan direntas-rujuk dengan pangkalan data sekuriti awam. Menurut Tencent ini adalah kali pertama, data sebanyak ini digunakan dalam permua. Tidak pasti lagi jika Tencent akan mengesahkan identiti kesemua pemain mereka, kerana terdapat lebih 200 Juta pemain permua Honour of Kings.