Carian
Spotify Kini Memudahkan Pengguna Menambah Podcast Pada Platform Berkenaan
October 5, 2018 Aman

Spotify sedia popular dengan penawaran muzik melaluinya, selain turut menyediakan sejumlah kandungan berbentuk perbincangan podcast pada platform berkenaan. Kini, dalam usaha untuk mempelbagaikan lagi penawaran kandungan, Spotify hari ini telah pun mengumumkan Spotify for Podcasters dalam bentuk beta.

Dengan adanya Spotify for Podcasters, ia memudahkan para penerbit kandungan untuk menawarkan kandungan audio mereka melalui platform Spotify. Pemilik kandungan berkenaan hanya perlu mendaftar akaun di Spotify, dan seterusnya menghubungkan terbitan podcast mereka terus ke Spotify.

Spotify mengatakan dengan menawarkan podcast anda melalui platform berkenaan, ia akan mencapai lebih ramai pengguna, selain pengguna turut boleh melihat prestasi setiap episod, demografik dan sebagainya dengan mudah.

Bagi anda yang menerbitkan podcast, anda boleh mendaftar di Spotify for Podcasters ini hari ini.

Komen