Samsung Galaxy Note 9 merupakan telefon pintar Samsung dengan ketahanan bateri yang lama. Ia hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh, selain turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan nirwayar.
Menariknya, ia juga turut menawarkan sokongan pengecasan pantas melaluinya.
Galaxy Note 9 boleh dicas penuh dalam masa sekitar 1 jam 57 minit, selain menawarkan masa penggunaan sepanjang hari dengan masa skrin sekitar 8 jam.
Dengan sokongan pengecasan pantas juga, pengguna tidak perlu risau akan bateri habis, memandangkan anda boleh mengecas ia sehingga sejumlah peratusan bateri dalam masa beberapa minit – dan seterusnya menggunakannya untuk panggilan bagi beberapa minit.
Di Malaysia, Samsung Galaxy Note 9 ditawarkan pada harga RM3699, dan menariknya untuk tempoh terhad, Samsung turut menawarkan rebat sebanyak RM400 untuk pembelian peranti ini.
- Layari : Samsung Galaxy Note 9
Ini adalah advertorial daripada Samsung.