Paten Terbaru Apple Pencil Menunjukkan Beberapa Penambahbaikan Berbanding Versi Semasa

Paten Terbaru Apple Pencil Menunjukkan Beberapa Penambahbaikan Berbanding Versi Semasa

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Apple Pencil dilancarkan tiga tahun yang lalu bersama dengan iPad Pro. Dengan wujudnya stylus ini, pengguna lebih bebas menghasilkan karya digital terus ke skrin tablet kerana ketepatannya yang lebih tinggi berbanding stylus kapasitif. Apple mungkin akan memperkenalkan model baharu kerana telah mampatenkan rekaan dengan penambahbaikan fungsi.

Dokumen paten menunjukkan Pencil yang boleh mengesan bagaimana ia dipegang. Ini membolehkan ia mengenalpasti sama ada pengguna bertangan kanan atau kidal. Skrin kemudian akan mampu mengesan sentuhan tidak sengaja dengan lebih tepat. Pemindaharuh ultrasonik juga dipertingkatkan bagi meningkatkan tahap ketepatan mengesan pergerakan. Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna produk akan dihasilkan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN