Sistem operasi iOS 12 telah hampir dua minggu diberikan kepada peranti yang layak menerimanya. Menurut angka terkini yang dikongsi oleh Mixpanel, iOS 12 kini digunakan pada 47.29% peranti di seluruh dunia . Ini ialah peratusan yang lebih tinggi berbanding iOS 11 yang hanya mencatatkan 38.4% penggunaan dalam tempoh masa yang sama.
iOS 11 kini di tangga kedua dengan 45.84% dengan selebihnya masih menggunakan versi lebih lama. Peratusan peranti Apple yang menggunakan versi terkini adalah jauh lebih tinggi berbanding Android Pie yang kini masih digunakan di bawah 0.1% peranti di seluruh dunia. Project Treble sepatutnya menyelesaikan masalah fragmentasi Android tetapi masih belum menunjukkan hasil.