Nintendo Memfailkan Paten Untuk Kerangka Telefon Yang Berubah Menjadi Game Boy

Nintendo Memfailkan Paten Untuk Kerangka Telefon Yang Berubah Menjadi Game Boy

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Peranti lama kini kembali popular kerana generasi tua yang tidak mampu memilikinya semasa kecil membelinya sekarang. Konsol mudah alih seperti Game Boy misalnya membolehkan permainan klasik Pokemon dimainkan ketika di luar rumah. Bagi pemilik telefon pintar. Nintendo mungkin akan melancarkan kerangka yang boleh mengubahnya menjadi sebuah Game Boy.

Menerusi paten yang difailkan Nintendo pada 16 Mac 2018, bahagian hadapan kerangka penutup peranti ini mempunyai butang-butang yang ditemui pada Game Boy. Terdapat tingkat kecil yang membolehkan skrin peranti kelihatan seperti skrin empat segi Game Boy. Ini ialah paten yang menarik tetapi logistik menghasilkan pelbagai kerangka untuk kesemua telefon-telefon pintar di pasaran adalah mustahil. Jika dihasilkan ia mungkin hanya mensasarkan model telefon popular.


TIPS & ULASAN