SoftBank Dilaporkan Ingin Membuat Pelaburan Baru Pada Grab – Sekitar $500 Juta

SoftBank Dilaporkan Ingin Membuat Pelaburan Baru Pada Grab – Sekitar $500 Juta

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

SoftBank merupakan salah satu konglomerat yang melabur pada pelbagai syarikat teknologi seluruh dunia. Malah, mereka juga antara yang terawal melabur pada Grab pada 2014 yang lepas.

Terkini, menurut laporan Reuters, SoftBank dikatakan bakal membuat suntikan dana baru sebanyak $500 juta pada Grab. Suntikan dana ini dikatakan akan menjadi sebahagian daripada suntikan dana sebanyak $1 bilion yang sedang dihimpunkan oleh pihak Grab.

Ia boleh dikatakan agak pantas Grab mengumpulkan suntikan dana terbaru ini – memandangkan mereka baru sahaja menerima suntikan dana baru beberapa bulan lepas.

Suntikan dana terbaru ini dijangka akan digunakan untuk turut memperluaskan perkhidmatan Grab yang lain – termasuk dari segi penghantaran makanan GrabFood, kewangan, dan sebagainya.


TIPS & ULASAN