Yahoo Together Dilancarkan – Pesaing Kepada Slack

Yahoo Together Dilancarkan – Pesaing Kepada Slack

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Yahoo adalah syarikat penyedia emel yang sedia terkenal pada suatu ketika dahulu. Namun kini, penggunaan Yahoo dilihat semakin berkurangan. Kini, Yahoo melancarkan Yahoo Together sebagai pesaing kepada Slack.

Slack sedia terkenal sebagai satu aplikasi untuk para keluarga, sahabat atau rakan bekerja berhubung, berkongsi fail, membuat peringatan, dan banyak lagi. Yahoo Together pula dilihat sangat sama dan hampir tiada beza. Yahoo Together sebenarnya bukannya aplikasi baru, sebelum ini ia adalah aplikasi Squirrel yang Yahoo uji secara beta tertutup.

Jika anda ingin mencuba kembali menggunakan produk Yahoo – Yahoo Together kini boleh dimuat turun di platform iOS dan Android.

Muat Turun: Yahoo Together Untuk Android Di Play Store

Muat Turun: Yahoo Together Untuk Android Di App Store


TIPS & ULASAN