Muka Taip Sans Forgetica Direka Untuk Menguatkan Daya Ingatan

Muka Taip Sans Forgetica Direka Untuk Menguatkan Daya Ingatan

Diterbitkan pada Okt 5, 2018 oleh .

Kemahiran mengingati fakta serta teori adalah penting ketika melakukan ulang kaji untuk peperiksaan. Tetapi kerap kali selepas beberapa jam membaca nota, fakta penting tidak dapat lagi diingati kerana otak yang telah tepu. Bagi menguatkan daya ingatan ketika membaca, muka taip baharu Sans Forgetica telah dihasilkan oleh penyelidik dari Universiti RMIT yang terletak di Australia.

Penyelidik fakulti sains kelakuan (behavioural science) melakukan kajian ke atas 400 pelajar bagi menghasilkan Sans Forgetica. Mereka mendapati otak manusia kerap kali melihat muka taip tetapi tidak menyimpannya di dalam ingatan kerana tapisan yang dilakukan tanpa sedar.

Apabila muka taip direka dengan sebahagiannya hilang, bahagian otak akan memproses dengan lebih kuat untuk mengenalinya ketika membaca. Ini sekaligus meningkatkan pemprosesan kognitif yang menyebabkan teks dibaca “melekat” dengan lebih mudah di dalam kepala.

Anda boleh memuat turun muka taip ini secara percuma atau menggunakan pemalam Chrome menerusi pautan di bawah.

Muat turun muka taip Sans Forgetica


TIPS & ULASAN