Cari @ Amanz

Huawei Nova 3i adalah telefon pintar kelas pertengahan daripada Huawei dalam siri Nova. Ia adalah peranti yang dijana dengan Kirin 710, rekaan skrin bertakuk dan memori 4/128 GB. Sewaktu ia dilancarkan hanya warna hitam dan ungu (Iris Purple). Hari ini, warna baru buat Niva 3i dilancarkan dan sudah pun mula dijual iaitu, Putih Mutiara (Pearl White).

Bagi anda yang berminat dengan telefon pintar Nova 3i, dan ingin mendapatkannya dalam pilihan warna putih, kini anda boleh mendapatkannya di Malaysia pada harga RM1299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd