Carian
TIME Dijangka Menawarkan 100Mbps Pada RM99 Sebulan, 1Gbps Pada Harga RM199
October 6, 2018 Aman

TIME semalam telah hadir dengan sebuah gambar acah untuk suatu pengumuman baru yang misteri – dimana dijangka lebih memfokuskan kepada pakej 1Gbps terbaru mereka.

Time Tunggu Internet

Lanjutan daripadanya, kini kami menerima gambar tertiris untuk pakej baru mereka. Melaluinya, TIME dilihat akan menawarkan tiga pakej sahaja selepas ini, iaitu 100Mbps, 500Mbps dan juga 1Gbps.

Menariknya, harga yang ditawarkan TIME akan menjadi yang terendah berbanding penyedia lain, dimana pakej 100Mbps pada harga langganan bulanan RM99, 500Mbps pada harga RM139, dan 1Gbps pada harga langganan RM199. Pengguna juga dijangka akan diberikan pilihan untuk menambah pelan panggilan, selain mungkin TIME akan turut membolehkan pengguna turun-taraf pakej sedia ada dan menjimatkan harga langganan bulanan anda.

100Mbps – RM99 sebulan
500Mbps – RM139 sebulan
1Gbps – RM199 sebulan

Buat masa ini, harga tertiris ini masih belum diumumkan secara rasminya lagi – dan mungkin hanya akan diketahui secara rasminya melalui pengumuman TIME esok, 7 Oktober 2018.

Komen