Microsoft Menghentikan Seketika Penawaran Kemaskini Windows 10 October 2018 Update

Microsoft Menghentikan Seketika Penawaran Kemaskini Windows 10 October 2018 Update

Diterbitkan pada Okt 6, 2018 oleh .

Microsoft hari ini dilihat telah menghentikan seketika penawaran kemaskini Windows 10 October 2018 Update, lanjutan daripada masalah yang memperlihatkan sejumlah fail dan dokumen pengguna yang hilang dan terpadam selepas kemaskini berkenaan.

Melalui laman sokongan rasmi, Microsoft meminta pengguna yang terjejas dan mempunyai masalah dengan kemaskini berkenaan untuk menghubungi pihak Microsoft terus. Dan sekiranya anda memuat-turun fail pemasangan secara manual, pengguna dinasihatkan supaya tidak memasangnya.

Microsoft mengatakan mereka akan berkongsi kemaskini dan meneruskan naik taraf Windows 10 October 2018 Update ini dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, ramai pengguna Windows 10 memaklumkan yang mana dokumen dan fail mereka hilang selepas naik-taraf kemaskini terbaru Windows 10 berkenaan – malah, menghadapi masalah untuk mendapatkan kembali fail tersebut.


TIPS & ULASAN