Amanz sebelum ini telah melaporkan yang mana Asus ROG Phone bakal dipasarkan di Malaysia sekitar penghujung bulan Oktober ini. Kini, selari dengannya, salah satu penjual peranti mudah-alih terkemuka tempatan, iaitu DirectD telah pun memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar memfokuskan permua berkenaan.
Asus ROG Phone bakal ditawarkan dalam dua variasi, iaitu dengan storan 256GB dan juga 512GB. Melalui apa yang disenaraikan, ia dikatakan harga jualan Asus ROG Phone akan berharga lebih RM3k untuk pasaran tempatan.
Harga jualan rasmi tempatannya masih tidak diketahui. Model berharga bermula RM3k ini mungkin untuk variasi 256GB, dimana versi 512GB mungkin membawakan tanda harga lebih tinggi lagi.
Dari segi spesifikasi, Asus ROG Phone hadir dengan skrin 6-inci dengan kadar segar semula 90Hz, sokongan paparan HDR, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan dilengkapi bateri 4000mAh. Asus turut menyertakan mod Asus ROG Gaming X, dan sokongan dwi-kamara belakang pada telefon pintar ini.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran harga untuk Asus ROG Phone ini secara rasminya dalam beberapa minggu lagi.