SKMM : Rakyat Menikmati Harga Jalur-Lebar Talian Tetap Yang Lebih Rendah

SKMM : Rakyat Menikmati Harga Jalur-Lebar Talian Tetap Yang Lebih Rendah

Diterbitkan pada Okt 7, 2018 oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan rakyat kini menikmati pengurangan harga jalur-lebar talian-tetap, selain pada masa yang sama menikmati kelajuan internet yang lebih laju.

Buat masa ini, empat syarikat telekomunikasi utama telah mula menawarkan pakej jalur-lebar talian tetap pada harga kurang RM100 – termasuk Telekom Malaysia dengan pakej RM79 untuk kelajuan 30Mbps (dengan had 60GB kuota), Celcom pada harga RM80 untuk 40Mbps, Maxis pada harga RM89 untuk 30Mbps, dan TIME pada harga RM99 untuk 100Mbps.

SKMM Pakej Permulaan

Menurut SKMM lagi, selain daripada pakej asas yang murah dan pantas, pengguna juga kini boleh menikmati kelajuan internet yang jauh lebih pantas berbanding sebelumnya. Sebagai contoh, kini TIME menjadi antara yang terawal menawarkan pakej jalur-lebar mencapai kelajuan Gigabit pada harga RM199, sementara Telekom Malaysia pula dilihat menawarkan pakej Turbo TM berkelajuan 800Mbps pada harga langganan RM329.

Dengan perkembangan terbaru ini, SKMM turut mengatakan mereka akan turut bekerjasama dengan pihak Kementerian dalam terus meningkatkan kualiti jalur-lebar di Malaysia.


TIPS & ULASAN