Instagram Stories Kini Boleh Menerbit Video Lebih Dari 15 Saat

Instagram Stories Kini Boleh Menerbit Video Lebih Dari 15 Saat

Diterbitkan pada Okt 7, 2018 oleh .

Dua bulan lepas Instagram Stories digunakan oleh 400 juta pengguna setiap hari. Kini sudah lebih 3 bulan dan penggunaan mungkin bertambah lagi. Jadi, Instagram kerap menambah fungsi dan ciri baru. Hari ini, Instagram dilihat menambah ciri untuk Instagram Stories – di mana pengguna boleh merakam video lebih dari 15 saat.

Tetapi, Instagram akan membahagikan setiap video kepada 10 bahagian berbeza. Setiap bahagian adalah 15 saat. Pengguna turut boleh pilih bahagian mana yang ingin diterbitkan terlebih dahulu dan kesemua video akan diterbitkan secara terus. Akan tetapi, jika video pertama telah disunting dengan menambah penuras, GIF, atau pelekat – ia hanya kekal pada video pertama dan video-video seterusnya adalah yang asli tanpa suntingan.

Atas ujian saya, fungsi ini hanya terdapat pada Instagram untuk Android dan iOS belum lagi kelihatan. Tidak pasti ini adalah ujian bahagian pelayan atau kemaskini yang akan diedarkan secara berperingkat.

Pada bulan lepas, Instagram turut menambah fungsi membeli belah secara terus dalam Instagram Stories.


TIPS & ULASAN