TIME : Kami Tiada Kebenaran Untuk Menanam Tiang Bagi Memenuhi Permintaan Rumah Teres

TIME : Kami Tiada Kebenaran Untuk Menanam Tiang Bagi Memenuhi Permintaan Rumah Teres

Diterbitkan pada Okt 7, 2018 oleh .

Hari ini, TIME telah memulakan proses naik-taraf kepada pengguna mereka, selain turut hadir dengan pelan jalur-lebar talian-tetap baru pada kelajuan mencapai 1Gbps. Hal ini sekaligus membawa kelajuan internet di Malaysia setapak lagi kehadapan.

Walaubagaimanapun, seperti ramai sedia maklum, TIME lebih banyak meliputi bangunan tinggi – seperti apartment, kondominium dan sebagainya, berbanding rumah persendirian seperti rumah teres dan sebagainya.

Menyentuh mengenainya secara ringkas, TIME mengatakan mereka bukannya tidak ingin meliputi kawasan rumah berkenaan. Tetapi, mereka tidak menerima kebenaran untuk menanam tiang atau tidak mendapat akses untuk tiang-tiang sedia ada bagi memenuhi permintaan pengguna di rumah teres.

TIME juga mengatakan mereka tidak ingin menumpang pada rangkaian pihak lain kerana ingin mengawal kualiti dan kelajuan yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun, pihak TIME turut menekankan yang mana mereka tidak akan berputus asa, dan akan terus memperluaskan penawaran rangkaian mereka. TIME menyasarkan untuk meliputi lebih 1 juta premis menjelang 2020 kelak. Pada hari ini, internet TIME berkelajuan 1Gbps boleh diakses lebih 600,000 premis seluruh negara.

TIME Landed Property


TIPS & ULASAN