Firefox 64 Dijangka Mengintegrasikan Sokongan Notifikasi Ke Windows 10 Action Centre

Firefox 64 Dijangka Mengintegrasikan Sokongan Notifikasi Ke Windows 10 Action Centre

Diterbitkan pada Okt 8, 2018 oleh .

Dengan perkembangan arena web, kita sedia melihat sokongan notifikasi diintegrasikan bagi memudahkan pengguna mengikuti perkembangan daripada beberapa laman web. Selain daripada menerima notifikasi daripada pelayar web, beberapa pelayar web juga telah mengintegrasikan sokongan notifikasi terus pada sistem operasi, iaitu terus ke Windows 10 Action Centre – dan salah satu pelayar web yang melakukan hal berkenaan adalah Chrome.

Kini, selain Chrome, Mozilla turut dijangka melaksanakan perkara sama melalui Firefox versi 64 kelak. Buat masa ini, Mozilla telah memulakan ujiannya melalui Firefox Nightly.

Dengan integrasi ini, pengguna Firefox boleh menerima notifikasi daripada laman kegemaran mereka terus pada Windows 10 Action Ctnre – sekaligus menguruskan pelbagai notifikasi disuatu lokasi sama.

Bagi anda yang ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh memuat-turun dan menggunakan Firefox Nightly hari ini.


TIPS & ULASAN