Pengguna Apple Watch 4 Melaporkan Masalah Gagal Beroperasi

Pengguna Apple Watch 4 Melaporkan Masalah Gagal Beroperasi

Diterbitkan pada Okt 8, 2018 oleh .

Peranti yang baru dibeli sepatutnya berfungsi lebih baik berbanding model lama. Pengguna jarang sekali menjangka masalah boleh berlaku tetapi kadang kala ia berlalu juga. Di Australia, pengguna Apple Watch 4 melaporkan masalah jam tangan pintar gagal beroperasi atau terperangkap dalam gelung boot.

Ini berlaku sejurus waktu penjimatan waktu siang (daylight savings time) diaktifkan semalam. Ini besar kemungkinan berkait rapat pepijat pada muka jam Infograph Modular. Pengguna melaporkan masalah boleh diselesaikan jika muka jam ini ditukar atau dinyahpasang terus. Jalan penyelesaian kedua pula ialah melakukan tetapan pada Apple Watch 4 yang dimiliki. Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah terkini yang melanda produk terbaru mereka ini.


TIPS & ULASAN