Menurut angka yang dikongsi oleh Google, masih terdapat 3.2% peranti yang menggunakan Android Jelly Bean. Ini adalah angka yang lebih tinggi berbanding Android Pie dan menakjubkan bagi sebuah sistem operasi yang sudah berusia enam tahun. Bagi mereka yang masih mempunyai peranti dengan sistem operasi ini, sokongan pelayar web Chrome bakal dihentikan.
Ini adalah berdasarkan dokumen commit terkini yang ditemui oleh laman XDA. Selepas ini Chrome hanya akan menyokong peranti dengan Android 4.4 KitKat dan ke atas sahaja. Walaupun 3.2% kelihatan seperti peratusan yang kecil, penghentian sokongan ini akan mendatangkan impak pada jutaan peranti. Masih tidak diketahui bilakah ini akan dikuatkuasakan oleh Google. Memandangkan Jelly Bean sudah berusia enam tahun, masih adakah pembaca Amanz yang menggunakan versi Android ini?