Cari @ Amanz

Nokia 7.1 baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Ia dijana dengan cip Snapdragon 636 dan hadir dengan binaan yang premium. Seperti trend kebanyakan pengeluar peranti, jika satu model menarik dilancarkan pasti akan ada model ‘plus’ yang turut akan diperkenalkan. Untuk Nokia, berkemungkinan besar adalah Nokia 7.1 Plus.

Baru-baru ini, Nokia menerbit video acah untuk sebuah peranti dengan skrin yang lebih besar.

Sebelum ini kita sudah pun melihat tirisan Nokia 7.1 Plus. Ia dikatakan adalah lebih baik dari Nokia 7.1 kerana mungkin akan dijana dengan cip Snapdragon 710. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumumannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd