Carian
Markah Tanda Aras Huawei Mate 20 Pro Tertiris – Lebih Berkuasa?
October 8, 2018 Fahim Zahar

Sudah banyak maklumat yang tertiris mengenai Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro. Baik dari rekaan, tetapan kamera, penggunaan cip Kirin 980 dan banyak lagi. Cip ini dikatakan akan lebih berkuasa dari Snapdragon 845 dan nampaknya kenyataan ini mungkin benar – kerana baru-baru ini Antutu menerbitkan markah penanda aras Huawei Mate 20 Pro dan ia mencecah 313561.

Tetapi seperti biasa, markah penanda aras boleh ditipu dan Huawei tidak terlepas dari menipu dalam perkara ini. Sebelum ini, mereka sendiri mengaku – jika syarikat lain boleh kenapa tidak mereka?

Jadi untuk tahu kebenaran mengenai prestasi peranti ini, sama-sama kita nantikan pelancarannya dalam bulan ini juga.

Komen