United Kingdom mempunyai sejarah teater yang panjang. William Shakespeare, dan Sir Andrew Lloyd Webber adalah antara dua penggiat teater yang terkenal di seluruh dunia. Bagi memastikan kesemua penonton dapat menikmati persembahan dengan jelas, Teater Kebangsaan UK (National Theater) akan menggunakan cermin mata realiti gabungan untuk memaparkan sari kata bagi pengguna yang mempunyai masalah pendengaran.
Cermin mata Epson Moverio BT-350 digunakan dengan perisian yang dibangunkan oleh Accenture. Ia mengesan audio dari pelakon di atas pentas dan kemudian memaparkan sari kata yang berpadanan. Buat masa ini cermin mata realiti gabungan ini ditawarkan untuk persembahan teater Hadestown dan War Horse. Mereka akan mengembangkan perkhidmatan ke teater-teater lain di seluruh UK bagi memastikan akses sama rata kepada penonton walaupun dari golongan OKU pendengaran.