Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 9 merupakan telefon pintar mercu, dan satu-satunya telefon pintar yang hadir dengan sokongan stylus S-Pen. Dengan adanya sokongan S-Pen, ia memudahkan lagi urusan catitan nota, termasuk tugasan yang perlu dilakukan dengan pantas tanpa perlu nyah-kunci peranti berkenaan.

Samsung Galaxy Note 9

Dengan Galaxy Note 9, pengguna boleh mengeluarkan S-Pen pada bila-bila masa, dan seterusnya mencatatkan nota terus melalui Screen Off Memo. Seterusnya, pengguna boleh menyimpan nota berkenaan – dan mengakses ia pada kemudian masa untuk menandakan sesuatu perkara yang telah diselesaikan.

Penawaran ini sekaligus memudahkan anda mencatatkan tugasan yang perlu dilakukan – dan memastikan anda telah menyelesaikannya pada penghujung hari.

Samsung Galaxy Note 9

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy Note 9 dengan sokongan S-Pen ini pada harga jualan RM3699 – atau lebih murah dengan rebat yang ditawarkan Samsung untuk waktu sepanjang Oktober 2018 ini.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd